HACO ASIA PACIFIC SDN BHD


Sejarah & Pencapaian Kami

Tentang Kami

Sebagai peneraju kepada kepelbagaian katering, Haco AG telah menumpukan pada menyediakan lebih daripada 3,500 produk dan penyelesaian makanan yang bersesuaian kepada pelanggan di seluruh dunia selama satu abad.

Pada tahun 2004, Haco Group mengembangkan perniagaannya ke Malaysia. Haco Asia Pacific Sdn Bhd ketika itu sedang ditubuhkan dan kilang pengeluarannya telah ditubuhkan di Shah Alam, Selangor.

Sejak itu, Haco Asia Pasifik secara berterusan menyediakan kopi campuran yang inovatif dan berkualiti tinggi kepada pasaran global terutamanya pasaran Eropah, Amerika Utara dan Asia.

Jenama terulung,
kegemilangan warisan Switzerland

Haco AG telah diasaskan pada tahun 1922, yang kini merupakan jenama yang berusia berabad dan kekal sebagai salah satu pengeluar makanan dan kopi yang berkualiti dan paling digemari di Eropah dan Amerika.

Sebagai sebahagian daripada Haco AG, Haco Asia Pasifik sudah pasti mewarisi budaya dan mengaplikasikan rahsia istimewa untuk membuat makanan dan kopi yang berkualiti. Kerana warisan budaya yang tidak ternilai ini, kami yakin dan sentiasa efektif untuk menghasilkan kopi yang terbaik dan berperisa

Lokasi Strategik

Haco Asia Pasifik terletak di Shah Alam, ibu negeri Selangor yang mempunyai banyak akses perhubungan jalan raya

Lokasi yang baik ini hanya memerlukan 20 minit tempoh pemanduan dari Pelabuhan terbesar di Malaysia iaitu Pelabuhan Klang manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak sejauh 30 minit. Lokasi strategik sebegini sangat membantu untuk mengakses pasaran ASEAN yang mempunyai populasi lebih 675 juta orang dan pasaran Asia Pasifik yang mempunyai populasi 28 bilion orang.

Pembakar Kopi yang Hebat

Haco Asia Pasifik mempunyai pelbagai jenis kopi untuk memenuhi citarasa dan keperluan pelanggan tempatan dan luar negara.

Kini, kami banyak meyediakan perkhidamatan servis pada syarikat pengeluaran makanan terkemuka dunia, peruncit, restoran dan kedai rangkaian. Kepakaran kami telah menjadikan kami rakan kongsi berharga buat mereka sehingga hari ini.

 
Inovasi yang Berdaya Saing dan Kualiti

Kemahiran R&D kami yang efektif dan penggunaan teknologi yang canggih telah membolehkan kami membekalkan kepada pelanggan kami di seluruh dunia dengan pelbagai jenis produk yang berinovasi dan berkualiti tinggi.

Inovasi dan kualiti adalah dua elemen utama kejayaan kami dan membantu kami untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

Bekalan kopi kami boleh dikelaskan kepada:
 

Industri Bekalan Pukal

Kami memeterai pembungkusan produk kopi kami dan dibungkus dalam kotak. Setiap kotak mempunyai berat 25kg per karton untuk memastikan kesegaran setiap pengeluaran.

OEM

Haco Asia Pasifik mendapat pensijilan GMP (Amalan Pengilangan Baik) dan ISO 2200 (Pengurusan Keselamatan Makanan). Kami telah menghasilkan dan membekalkan kopi kepada banyak jenama dan peruncit terkemuka di seluruh dunia selama beberapa dekad.

Bisnes baru

(Kapsul, Kopi 3IN1, Kopi Kering Semburan Pekat Beku, Kopi Kering Semburan Fusion)
Kami boleh membantu mencipta resipi anda sendiri dan mencipta formula untuk anda, atau membantu anda membungkus produk anda dalam pek dos tunggal.


Visi Kami



Menghasilkan makanan yang berkualiti


Melakukan perkara yang terbaik dan bermakna


Menjadikan HACO yang terbaik dan kukuh


Misi Kami

 
 

Memastikan kepuasan pelanggan global dengan kopi terbaik yang premium

 
 

Asas Kejayaan : Inovasi,Kualiti Terbaik dan Keperibadian

 
 

Penghantaran pada tepat masanya dan memenuhi jangkaan para pekerja, pelanggan dan rakan niaga


Nilai Nilai Murni

Semangat:
Semangat adalah mejadi api yang membakar untuk kejayaan kerjaya
Integriti:
Menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab
Kerjasama:
Kerja berpasukan dan kerjasama membantu dalam sesuatu pencapaian dan menjadikan proses penyelesaian masalah menjadi lebih mudah
Berfikiran Terbuka:
Berani menjadi berbeza, imaginatif, dan kreatif
Telus:
Bersifat terbuka dan segera bertindak
Kepercayaan:
Pesanan dari pelanggan dihantar pada tempoh masa yang dtetapkan dan pada masa yang sama kualiti masih terjamin


Integriti HACO


Selaras dengan nilai teras kami, jika anda mempunyai sebarang maklumat maklum balas yang boleh membantu kami mengukuhkan dan menegakkan nilai tersebut, sila klik pautan berikut:
Integriti HACO

Like page kami Ikut kami Ikut kami Hantar mesej Berhubung